Kelas Asas Microsoft Word dan Cyber Grooming

20 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2020, Ahad, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word dan Cyber Grooming yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang kanak-kanak sekolah rendah.

Antara pengisian kelas adalah asas pengiraan menggunakan Microsoft Excel dan perkongsian topik Cyber Grooming. Peserta diberikan latihan menggunakan Microsoft Excel untuk meningkatkan lagi pemahaman tentang apa yang telah dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali